bismillah.
" Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." 9:41
surah at taubah ayat 41 ni sangat mendalam maksudnya. lagi lagi pada mereka yang ikut dakwah dan tarbiyah. bila kita pilih jalan ni, confirm banyak perkara yang perlu kita korbankan such as masa, wang ringgit, tenaga dan lain lain. pengurusan masa sangat penting. especially pada student. dakwah tarbiyah ni bukan ikut masa kita free ke tak. kadang kadang kena pergi program sabtu ahad, pastu isnin ada test. kadang kadang time study week kena bermalam sana sini. jadi pengurusan masa sangat penting.
study still kena study tapi jangan sampaikan silap kita yang tak pandai uruskan masa menjadikan alasan tak dapat attend program, tak dapat pergi usrah sebab esoknya ada test dan kita tak prepare pape lagi. dalam ayat 41 ni, Allah suruh kita dalam keadaan senang (masa free kita lah kan selalunya) mahupun keadaan susah (time kita ada test, quiz semua tu, dan juga situasi lain) berjihad dengan harta dan diri di jalan Allah. itu adalah LEBIH BAIK jika kita tahu.
"eh next week xde test, assignment pun xde, so bolehlah pergi program weekend ni"
rasa rasa macam pernah dengar tak ayat tu.
"macam pernah je, macam pernah je"
kantoi.
islam itu bukan hobi, masa lapang je kita buat tahu. time takde masa pun kita kena pergi program jugak, time susah, rasa rumah jauh dengan tempat program, xde transport, time time mcm ni kita kena jihad (struggle) sikit. paksa sikit diri tu. takpe. buat benda baik ni mula mula memang kena paksa paksa sikit.
Allah kata dalam al quran, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. siapakah yang lebih baik pertolongannya dari pertolongan Allah? Allah sendiri tau berfirman kata nak tolong kita. kalau masa kita susah, tiba tiba member kata "takpe weh aku tolong kau" tanpa kita sendiri yang minta pertolongan dari dia, kau tak terasa terharu ke, tak rasa ke macam "pehh weh serious ahh hang nak tolong aku?"
*sebak tetiba*
sama samalah kita praktik kan ayat Allah yang satu ni. dalam masa senang mahupun susah kita sama sama berjihad di jalan Allah. kita sama sama eh. memang benda ni susah pun, berubahlah slow slow. jum menuju redhaNya :)
No comments:
Post a Comment